Tuesday, August 25, 2009

BUNGA KAKTUS


KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN YANG JARANG DILIHAT.

Gambar ini diambil pada 22 Mac 2009 di Perhentian RnR Gurun Kedah pada pukul 12 malam. Dikatakan bunga ini hanya kembang pada waktu malam dan pokok kaktus ini jarang berbunga.

Monday, August 24, 2009


MAHASISWA PLK UUM ANJUR CELIK IT


SINTOK – SERAMAI 18 mahasiswa Pelajar Luar Kampus (PLK) Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan program ‘Celik IT’ di Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Pulau Timbul, Jitra, Kedah Selasa baru-baru ini.

Program ini membabitkan murid tahun lima seramai 30 orang dan dibimbing oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang bertugas di Pusat komputer UUM.

Menurut Pengarah projek ini Mohd Shahfri Abd Rashid walaupun program yang dirancang ini diadakan bagi melengkapkan syarat pengijazahan namun mereka bangga kerana dapat menyumbangkan ilmu bagi membantu murid dikawasan Kubang Pasu ini.

“Kami berharap kehadiran kami untuk memberi bimbingan dan menjalankan program dikawasan ini dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk dan seterusnya dapat menyedarkan penduduk sekitar kewujudan UUM di kawasan Kubang Pasu bukan sahaja untuk melahirkan graduan di negara ini malah dapat menyumbangkan khidmat sosial seperti program yang kami anjurkan ini nanti,”ujarnya lagi.

Shahfri menambah program ini juga mendapat kerjasama dari Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia serta Kelab Senifoto UUM.

Selain daripada memberi bimbingan mengenai teknikal dan informasi mengenai teknologi ICT mahasiswa PLK ini juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan jalur gemilang, printer dan topeng penutup hidung dan mulut.

“Kami juga berterima kasih kepada pihak guru besar sekolah itu Mustafa Ahmad, Pengarah PACE UUM Dr Sa’ari Ahmad dan Pensyarah Ko-k Siti Norliza Jumali kerana memberi peluang kepada kami untuk menjalankan program ini,”katanya lagi.

Sementara itu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Mariam Syed Mahadzar ketika berucap dimajlis itu berterima kasih kepada mahasiswa PLK UUM kerana memilih sekolahnya untuk menjalankan program mereka.

“Sesungguhnya walaupun hanya sehari masa untuk bersama kami namun ilmu yang diberikan amat bermakna,’katanya.

Program sehari ini membabitkan mahasiswa PLK UUM seramai 18 orang dengan bantuan daripada Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia serta kelab Senifoto UUM.

Pencegahan H1N1