Monday, September 28, 2009

Khairul Asyraff

Sempat juga ambil gambar anak aku di pagi raya aidilfitri yang lalu..... gambar gambar lain tu ada ler gak......

Monday, September 7, 2009

LATAH CHE KIAH



Latar belakang Tarian tradisional Latah Che Kiah:

Ditubuhkan bersama oleh Aidie Maula Darus dan Erfairiziee Deraman pada tahun 2008. Tempat ketiga Festival Tari UUM, Tempat pertama Festival Zapin Kontemporari, Tempat pertama Malam 3M anjuran DPP Bank Muamalat yang diadakan di UUM.

Sunday, September 6, 2009

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku... KDYMM Tuanku Sultan Kedah sambil diiringi Pegawai Khas Istana berangkat masuk ke Balai Mengadap di Istana Anak Bukit baru baru ini sempena majlis sembah maklum Konvokesyen UUM ke 22 (sidang kedua) oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi

Wednesday, September 2, 2009

Naib Canselor UUM Menghadap KDYMM Sultan Kedah

Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi mempersembahkan cenderamata kepada KDYMM Sultan Kedah di Istana Anak Bukit pagi tadi.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah selaku Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan menghadap Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi di Istana Anak Bukit, pagi tadi.

Majlis menghadap ini bertujuan untuk menyembah maklum tentang Konvokesyen Ke-22 Sidang Kedua UUM yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Oktober ini di Dewan Mu'adzam Shah, UUM.

Dalam majlis tersebut, Dr Nordin menyembah maklum jumlah graduan yang akan menerima ijazah masing-masing iaitu seramai 3,222 graduan melibatkan dua graduan ijazah kehormat, enam graduan Doktor Falsafah, 447 graduan Sarjana dan 2,767 graduan Sarjana Muda.

Beliau berkata, majlis yang akan berlangsung dalam lima sesi itu akan disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Canselor pada sesi pertama (3 Oktober), sesi kedua dan ketiga pula akan disempurnakan oleh Pro-Canselor I, Tan Sri Dato' Seri Dr Abdul Hamid Pawanteh manakala bagi sesi keempat dan kelima disempurnakan oleh Pro-Canselor II, Tun Dato' Sri Dr Ahmad Fairuz Dato' Sheikh Abdul Halim.

Tambah beliau, konvokesyen kali ini menyaksikan tiga program yang akan melahirkan graduan sulung melalui program Sarjana Muda Matematik Perniagaan dan program Pengajian Luar Kampus iaitu Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Muda Pengurusan Awam.

Dr Nordin turut menyembah maklum seramai 78 orang pelajar memperoleh Ijazah Kelas Pertama pada konvokesyen kali ini dan masing-masing 40 dari UUM College of Arts and Sciences (UUM CAS), 36 dari UUM College of Business (UUM COB) dan dua dari UUM College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS).

Pada majlis konvokesyen ini, UUM bersetuju menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Jurisprudens) kepada Tan Sri Dato' Seri Dr Abdul Hamid Pawanteh dan Ijazah Kehormat (Pelancongan Lestari) kepada mantan Felo Adjung UUM CAS, Anthony Wong Kim Hooi. Selain itu, Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pelajaran Diraja dan 11 lagi anugerah turut dianugerahkan kepada 120 graduan.

Majlis menghadap ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, Pendaftar, Harun Amin dan Pegawai Perhubungan Awam, Suraya Deraman.

Pada kesempatan itu juga, Dr Nordin turut memaklumkan tentang Majlis Berbuka Puasa Bersama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor yang akan diadakan pada 3 September ini di Masjid Bukit Kachi.

Beliau turut memaklumkan mengenai ekspo konvokesyen yang akan berlangsung dari 30 September hingga 5 Oktober 2009 yang dijangka akan disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad .