

Tun Hajah Rahah Tan Sri Haji Mohd Noah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein telah dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) pada Majlis Konvokesyen Ke-22 Sidang Pertama Universiti Utara Malaysia (UUM) baru baru ini.
Beliau yang aktif dalam bidang sosial dan kemasyarakatan telah dilantik sebagai Presiden Girl Guides Association dari tahun 1963-1976 dan Patron Pertiwi dari tahun 1969-1979 kini dilantik sebagai Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) bermula dari tahun 2001.
Tun Hajah Rahah yang dilahirkan di Muar, Johor pada 11 Jun 1933 merupakan anak bongsu daripada 10 adik beradik. Hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, beliau telah dikurniakan lima orang anak lelaki iaitu Dato’ Seri Mohd Najib, Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.
Hasil didikan beliau dan Allahyarham, kesemua anak-anaknya telah berjaya dalam bidang-bidang yang diceburi dan salah seorang anaknya kini merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Hasil sumbangan bakti dan jasanya, beliau dianugerahkan darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun pada tahun 1976, iaitu wanita kedua yang diberikan gelaran Tun oleh Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan negeri Sabah juga telah mengiktiraf beliau dengan menganugerahkan Pingat Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu pada tahun 1977. Pada tahun 1976, National Council Women’s Organisation (NCWO) telah menganugerahkan Pingat Emas Tun Fatimah kepada beliau dan akhir sekali pada 2005, beliau telah menerima Anugerah Khas Peneraju Felda bagi pihak Allahyarham Tun Haji Abdul Razak.
”Saya berasa gembira dan terharu serta ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan dan warga UUM yang telah menganugerahkan Ijazah Kehormat ini kepada saya,” ujar Tun Hajah Rahah.
Beliau turut menyifatkan bahawa anugerah ini sebagai penghargaan kepada para wanita dan para ibu yang telah sama-sama menggembleng tenaga, fikiran dan perasaan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing seiring dengan aspirasi negara tercinta.
”Saya pernah melihat tahap pendidikan Malaysia pada tahun-tahun sekitar kita merdeka dan saya bersyukur kerana masih berpeluang untuk melihat tahap kemajuan pendidikan negara kita selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan.”
”Sebagai rakyat yang bangga dengan pencapaian ini, saya berdoa agar kita sama-sama dapat menjadi penyumbang dengan menyediakan pendidikan berkualiti untuk bangsa dan negara Malaysia pada hari muka dan menyahut kesemua cabaran Wawasan 2020,” tambah beliau lagi.
Beliau turut berpesan kepada para graduan yang bakal melangkah ke alam pekerjaan kelak supaya tidak terlalu memilih kerja dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk berkhidmat dengan penuh komited dan berdedikasi. Tun Hajah Rahah turut menasihati para pelajar supaya menggelakkan diri daripada terjebak dengan isu gengsterisme dan masalah sosial yang kian berleluasa masa kini.
thanks to ctWayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.
Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Thailand,Malaysia dan Indonesia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand,Jawa dan disebelah timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan dan Terengganu.
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.
Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.
wikipedia
Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.
Cak Lempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong bagi mengiringi Pencak Silat, Tarian Lilin, Randai dan Tarian Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian dan juga nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah 'Pacik' sering digunakan oleh masyarakat tempatan untuk menggambarkan kumpulannya. Dalam permainan ini alat-alat Cak Lempong dipegang oleh pemain itu sendiri di mana setiap pemain akan memegang dua buah Cak Lempong dan dimainkan secara meningkah untuk mencipta satu rangkap melodi pendek. Lazimnya dalam permainan 'Pacik' akan dianggotai oleh tiga orang pemain.
Dalam situasi tertentu alat Cak Lempong boleh dijadikan sebagai alat pengganti atau pengganti kepada Canang seperti dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang kulit Kelantan. Namun dalam keadaan sedemikian nama sifatnya hendaklah dijelaskan sebagai alat 'Canang'. lni berdasarkan kepada kontekstual persembahannya yang amat berkait dengan tuntutan disiplin berkenaan.
Dalam amalan persembahan masakini (performance practice), kumpulan Cak Lempong telah dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsinya, iaitu bahagian 'Gereteh" yang memainkan melodi, manakala 'Tingkah' dan 'Saua' akan memainkan rithme secara berhomofoni (in Homophony) sebagai unsur pelengkap kepada irama sesebuah lagu tersebut.
wikipediaMuzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.
Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.
Pertandingan melibatkan dua regu, dengan 5 atau lebih peserta. Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta memegang erat seutas tali. Di tengah-tengah terdapat garisan. Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar regu yang berlawanan melepasi garis batasan. Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah.
Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan tarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Pada umumnya pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali, untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan.
wikipediaLebih 100 pelajar antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM) disajikan dengan pelbagai jenis makanan, minuman, permainan dan pertunjukkan pakaian tradisional di Kampung Jeruju yang terletak di Daerah Kubang Pasu baru baru ini.
Ketibaan mereka disambut meriah oleh penduduk kampung itu dengan paluan kompang, bunga mangga dan persembahan silat sebelum dibawa untuk menjalankan beberapa aktiviti lain.
Pengerusi Bidang Kemanusiaan UUM College of Arts and Sciences (UUM CAS) Prof Madya Dr Nuraini Yusoff yang ditemui berkata, pelajar dari Timur Tengah ini dibawa untuk menyaksi dan melihat sendiri kehidupan penduduk di situ.
Katanya, jalinan hubungan ini diharap dapat memberi gambaran yang sebenar kepada mereka ini mengenai adat dan budaya di Malaysia.
“Penyertaan mereka dalam aktiviti mengoreng ikan, menyediakan bubur Asyura, bermain bola sepak dengan menyarungkan kain batik dan perarakan pengantin memberi pengalaman manis kepada mereka,” katanya ketika ditemui di majlis itu.
Program ini dijalankan oleh Kolej CAS UUM dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia cawangan Kedah dan pihak pengurusan Homestay Kampung Jeruju, Jerlun Kedah.
Kampung ini didiami oleh 304 orang di 63 buah rumah dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Antara keistimewaan dan aktiviti penduduk di sini ialah menyedia dan mempersembahkan adat istiadat perkahwinan, memproses kuih tradisional, persembahan kesenian dan permainan tradisional.
Bercakap di Majlis Pemasyhuran DPP SME Bank di Sintok pagi tadi, Pengerusi SME Bank, Dato’ Gumuri Hussain berkata pelbagai program penyelidikan dan perundingan bakal dijalankan yang boleh membawa faedah kepada kedua-dua belah pihak.
“Diharapkan hasil daripada program penyelidikan ini dapat digunakan untuk membantu para usahawan dalam meningkat dan memajukan perniagaan mereka.
“Melalui penyelidikan dan perundingan ini, SME Bank dan UUM dapat membantu melahirkan usahawan yang berdaya saing, berdaya maju dan cekal untuk memasuki pasaran global,” kata Dato’ Gumuri di DPP SME Bank pagi tadi.
Selain itu, melalui kerjasama ini SME juga menyediakan pelbagai program secara bersama bagi mengembangkan minat mahasiswa UUM ke arah keusahawanan dan memberi pendedahan awal untuk menjadi usahawan.
Dato’ Gumuri berkata, antara program yang dikenal pasti adalah perlaksanaan Skim Usahawan Siswazah termasuk Program Inkubator Usahawan Siswazah yang akan bermula pada peringkat pra graduan sehinggalah pelajar menjadi graduan dan berjaya dalam kerjaya keusahawanan.
“Di samping itu SME Bank juga akan menyediakan peluang latihan keusahawanan dan perniagaan kepada pelajar UUM dan juga tempat untuk pelajar menjalani latihan praktikum samada di SME Bank atau program penempatan industri di kalangan pelanggan SME Bank,” ujar beliau lagi.
Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka di SME Bank untuk turut sama menyokong dan menjayakan hasrat kerajaan di dalam melahirkan usahawan yang berjaya dan membentuk graduan universiti yang berminat dan berkemampuan untuk meneroka bidang keusahawanan.
Tambah beliau melalui usahasama ini UUM turut bersama dengan SME Bank dalam merealisasikan hasrat kerajaan tersebut.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam ucapan aluannya berkata, dengan penajaan daripada SME Bank mampu memotivasikan mahasiswa UUM ke tahap yang lebih baik.
“Dengan kepakaran yang ada di kalangan akademiknya, UUM dapat membuat kajian tentang SME Bank dalam pelbagai aspek dan boleh menjadikannya sebagai kajian kes dalam proses pengajaran serta pembelajaran dalam bilik kuliah,” kata Dr Nordin.
“Saya percaya pelbagai topik menarik dapat dijadikan sebagai kajian kes berkaitan SME Bank yang dapat dibincang dan diketengahkan oleh mahasiswa UUM dalam mengembang dan meningkatkan pengetahuan mereka,” kata beliau lagi.
DPP SME Bank yang boleh memuatkan hampir 2,000 mahasiswa dalam satu-satu masa adalah DPP ke-15 dan terakhir yang mendapat penajaan syarikat korporat. Sebelum ini DPP tersebut dikenali dengan DPP Bukit Kachi 2.
Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah SME Bank, Dato’ Huang Sin Cheng, Pengarah Urusan, Dato’ Azmi Abdullah, Timbalan Presiden 1/ Ketua Pembangunan PKS dan Khidmat Nasihat SME Bank, Salim Saparman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Dahlan Ismail, serta pegawai-pegawai kanan universiti.
thanks to ct
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pengajian Tinggi) untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 12 buah IPTA.