Thursday, April 2, 2009
Wednesday, April 1, 2009
Emak, Isteri dan Anak
Bagi sesetengah jurufoto,gambar sebegini mungkin tidak memberi sebarang makna atau hanya sekadar gambar biasa sahaja. Tetapi bagi aku, gambar ini amat bermakna kepada diriku kerana ianya menceritakan kasih sayang antara nenek, anak dan cucu. Ianya mungkin tidak bernilai sekarang tetapi mungkin sepuluh atau dua puluh tahun nanti .
Tarik tali

Tarik tali merupakan salah satu permainan yang popular pada banyak majlis kesukanan.
Pertandingan melibatkan dua regu, dengan 5 atau lebih peserta. Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta memegang erat seutas tali. Di tengah-tengah terdapat garisan. Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar regu yang berlawanan melepasi garis batasan. Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah.
Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan tarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Pada umumnya pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali, untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan.
wikipediaKampung Jeruju Jadi Tumpuan Pelajar Antarabangsa UUM
Lebih 100 pelajar antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM) disajikan dengan pelbagai jenis makanan, minuman, permainan dan pertunjukkan pakaian tradisional di Kampung Jeruju yang terletak di Daerah Kubang Pasu baru baru ini.
Ketibaan mereka disambut meriah oleh penduduk kampung itu dengan paluan kompang, bunga mangga dan persembahan silat sebelum dibawa untuk menjalankan beberapa aktiviti lain.
Pengerusi Bidang Kemanusiaan UUM College of Arts and Sciences (UUM CAS) Prof Madya Dr Nuraini Yusoff yang ditemui berkata, pelajar dari Timur Tengah ini dibawa untuk menyaksi dan melihat sendiri kehidupan penduduk di situ.
Katanya, jalinan hubungan ini diharap dapat memberi gambaran yang sebenar kepada mereka ini mengenai adat dan budaya di Malaysia.
“Penyertaan mereka dalam aktiviti mengoreng ikan, menyediakan bubur Asyura, bermain bola sepak dengan menyarungkan kain batik dan perarakan pengantin memberi pengalaman manis kepada mereka,” katanya ketika ditemui di majlis itu.
Program ini dijalankan oleh Kolej CAS UUM dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia cawangan Kedah dan pihak pengurusan Homestay Kampung Jeruju, Jerlun Kedah.
Kampung ini didiami oleh 304 orang di 63 buah rumah dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Antara keistimewaan dan aktiviti penduduk di sini ialah menyedia dan mempersembahkan adat istiadat perkahwinan, memproses kuih tradisional, persembahan kesenian dan permainan tradisional.
Kerjasama UUM -SME Bank Buka Peluang Dalam Penyelidikan dan Perundingan
Jalinan kerjasama antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan SME Bank melalui penajaan bank tersebut kepada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) di Kampus UUM dapat memberi manfaat dan membuka peluang kepada program penyelidikan dan perundingan. Bercakap di Majlis Pemasyhuran DPP SME Bank di Sintok pagi tadi, Pengerusi SME Bank, Dato’ Gumuri Hussain berkata pelbagai program penyelidikan dan perundingan bakal dijalankan yang boleh membawa faedah kepada kedua-dua belah pihak.
“Diharapkan hasil daripada program penyelidikan ini dapat digunakan untuk membantu para usahawan dalam meningkat dan memajukan perniagaan mereka.
“Melalui penyelidikan dan perundingan ini, SME Bank dan UUM dapat membantu melahirkan usahawan yang berdaya saing, berdaya maju dan cekal untuk memasuki pasaran global,” kata Dato’ Gumuri di DPP SME Bank pagi tadi.
Selain itu, melalui kerjasama ini SME juga menyediakan pelbagai program secara bersama bagi mengembangkan minat mahasiswa UUM ke arah keusahawanan dan memberi pendedahan awal untuk menjadi usahawan.
Dato’ Gumuri berkata, antara program yang dikenal pasti adalah perlaksanaan Skim Usahawan Siswazah termasuk Program Inkubator Usahawan Siswazah yang akan bermula pada peringkat pra graduan sehinggalah pelajar menjadi graduan dan berjaya dalam kerjaya keusahawanan.
“Di samping itu SME Bank juga akan menyediakan peluang latihan keusahawanan dan perniagaan kepada pelajar UUM dan juga tempat untuk pelajar menjalani latihan praktikum samada di SME Bank atau program penempatan industri di kalangan pelanggan SME Bank,” ujar beliau lagi.
Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka di SME Bank untuk turut sama menyokong dan menjayakan hasrat kerajaan di dalam melahirkan usahawan yang berjaya dan membentuk graduan universiti yang berminat dan berkemampuan untuk meneroka bidang keusahawanan.
Tambah beliau melalui usahasama ini UUM turut bersama dengan SME Bank dalam merealisasikan hasrat kerajaan tersebut.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam ucapan aluannya berkata, dengan penajaan daripada SME Bank mampu memotivasikan mahasiswa UUM ke tahap yang lebih baik.
“Dengan kepakaran yang ada di kalangan akademiknya, UUM dapat membuat kajian tentang SME Bank dalam pelbagai aspek dan boleh menjadikannya sebagai kajian kes dalam proses pengajaran serta pembelajaran dalam bilik kuliah,” kata Dr Nordin.
“Saya percaya pelbagai topik menarik dapat dijadikan sebagai kajian kes berkaitan SME Bank yang dapat dibincang dan diketengahkan oleh mahasiswa UUM dalam mengembang dan meningkatkan pengetahuan mereka,” kata beliau lagi.
DPP SME Bank yang boleh memuatkan hampir 2,000 mahasiswa dalam satu-satu masa adalah DPP ke-15 dan terakhir yang mendapat penajaan syarikat korporat. Sebelum ini DPP tersebut dikenali dengan DPP Bukit Kachi 2.
Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah SME Bank, Dato’ Huang Sin Cheng, Pengarah Urusan, Dato’ Azmi Abdullah, Timbalan Presiden 1/ Ketua Pembangunan PKS dan Khidmat Nasihat SME Bank, Salim Saparman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Dahlan Ismail, serta pegawai-pegawai kanan universiti.
thanks to ct






